Click here for Myspace Layouts

Wednesday, 14 December 2011

TAHUKAH ANDA.............






1. BOLEHKAH MANUSIA TINGGAL DI PLANET MARIKH ?????



Manusia mungkin boleh tinggal di Planet Marikh, sekiranya Marikh mempunyai air.

      Ahli sains percaya planet ini mempunyai air. Namun sehingga kini, air masih belum ditemui di planet ini.

      Ahli sains masih terus melakukan kajian tentang planet ini.




2. BERAPA LAMAKAH PLANET PLUTO MENGAMBIL MASA UNTUK MENGELILINGI 
    MATAHARI ?????????

  Pluto merupakan planet yang paling jauh berada dalam Sistem Suria.


      Planet ini mengambil masa selama 248 tahun untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi Matahari.





LATIHAN INTERAKTIF


ARAHAN : JAWAB SEMUA SOLAN DENGAN TEPAT

1   Maklumat berikut menunjukkan beberapa planet dalam Sistem Suria.

P-
Zuhrah
Q-
Marikh
R-
Zuhal
S-
Neptun

Bermula dari planet yang jaraknya paling jauh dengan Matahari, susun planet-planet itu mengikut urutan yang betul.
(ID:1266850382577/KLON/UPSR/2003/27)




A
B
C
D


2   Rajah 1 menunjukkan planet X, asteroid dan planet Y mengikut urutan.



Rajah 1

Apakah planet X dan planet Y?


(ID:1199573723157/KLON/UPSR/2005/10)




A
B
C
D



3   
Rajah 2 menunjukkan lima batang gula-gula lolipop yang mewakili lima buah planet dalam sistem Suria.




Rajah 2

Jika lampu yang menyala itu mewakili Matahari, susun planet-planet itu mengikut kedudukan yang betul.

(ID:1258229337922/KLON/UPSR/2009/22)




A
B
C
D



4   Rajah 3 menunjukkan sekumpulan murid yang mewakili lima buah planet dalam sistem Suria.



Rajah 3

Kedudukan planet yang mereka wakili tidak berapa tepat. Susun planet-planet itu mengikut urutan yang betul.
(ID:1258226776249/KLON/UPSR/2009/22)




A
B
C
D



5   Maklumat berikut menunjukkan beberapa planet dalam Sistem Suria.

P-
Zuhrah
Q-
Marikh
R-
Zuhal
S-
Neptun

Pilih kedudukan planet dari yang paling dekat ke yang paling jauh dengan Matahari.
(ID:1263751503164/KLON/UPSR/2003/27)




A
B
C
D



6   Maklumat berikut menunjukkan beberapa planet dalam Sistem Suria.

J-
Neptun
K-
Zuhal
L-
Marikh
M-
Zuhrah

Pilih kedudukan planet dari yang paling dekat ke yang paling jauh dengan Matahari.
(ID:1263752802589/KLON/UPSR/2003/27)




A
B
C
D



7   Rajah 4 menunjukkan Sistem Suria.



Rajah 4

Apakah K, L, M dan N?


(ID:1199572048990/KLON/UPSR/2002/24)




A
B
C
D



8   Rajah 5 menunjukkan kedudukan planet-planet dalam sistem suria.



Rajah 5

Apakah planet X dan planet Y?


(ID:1199573728678/KLON/UPSR/2005/10)




A
B
C
D



9   Rajah 6 menunjukkan planet-planet dalam sistem suria.



Rajah 6

Apakah nama planet X dan planet Y?


(ID:1199573722354/KLON/UPSR/2005/10)




A
B
C
D
10   Rajah 7 menunjukkan sebahagian daripada Sistem Solar.



Rajah 7

Apakah akan terjadi jika planet Bumi berada di X?
  1. Semua ais akan mencair
  2. Semua jenis cecair akan membeku
  3. Bumi akan menjadi planet yang paling panas



Video Tentang Planet




Tuesday, 6 December 2011

MARI LIHAT ......................

NYANYIAN -9 PLANET

9 Planet

 MUSYTARI





Musytari atau Jupiter adalah planet kelima daripada matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria.

ZUHAL



Zuhal atau Saturn merupakan planet yang paling cantik. Ia juga planet yang ke 6 dan planet yang kedua terbesar selepas musytari

URANUS 


Uranus merupakan planet yang ke 7 daripada Matahari dan ketiga terbesar dalam sistem suria. Ia mempunyai 22 bulan dan 2 bulan yang terdapat pada Uranus iaitu Titania dan Oberon merupakan yang terbesar.
NEPTUNE 

Neptun atau Neptune merupakan planet kelapan dari Matahari dan ke 4 terbesar diantara 9 planet. Planet ini juga dikenali sebagai planet biru.


 PLUTO




 Pluto planet yang paling jauh dari Matahari. Planet ini mempunyai sebuah satelitnya dikenali Charon. Ia juga sebuah planet yang paling sejuk

9 Planet

UTARID



 Utarid  atau Mercury
adalah planet yang paling hampir dengan Matahari dan planet kedua terkecil di dalam sistem suria.

ZUHRAH 




Zuhrah  atau Venus dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama.

BUMI 

Planet ketiga daripada sembilan planet dalam Sistem suria, Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

MARIKH


Marikh  atau Mars merupakan planet ke-4 dari Matahari dalam Sistem Suria Ia juga merupakan salah sebuah planet dari 9 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria.
 

SISTEM SURIA


SISTEM SURIA

Sistem Suria dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai 'Solar System'.
Sistem Suria terletak dalam galaksi Bima Sakti dan terdiri daripada satu bintang yang
dipanggil matahari dan dikelilingi oleh sembilan buah planet yang mempunyai orbit
berbentuk bujur. Sistem Suria dipercayai terbentuk sekitar 4,600 juta tahun dahulu
hasil pengumpalan gas dan habuk di angkasa yang membentuk matahari dan
kemudiannya planet-planet yang lain kecuali planet Pluto.
Sistem suria dikekalkan oleh daya graviti
matahari dan sempadan sistem suria, yang mempunyai garis pusat setahun kelajuan
cahaya, ditanda oleh taburan komet yang dipanggil awan Oort. Terdapat satu lagi
 awan Oort berbentuk piring dibahagian dalam sistem suria yang dikenali sebagai
awan Oort dalam. Disebabkan oleh orbit planet yang membujur, jarak dan
kedudukan planet berbanding kedudukan matahari berubah mengikut kedudukan
planet di orbit.




APA ITU PLANET?

Planet merujuk kepada objek yang besar yang mengelilingi bintang dan tidak menghasilkan tenaga mencukupi untuk pelakuran nuklear. Sebelum 1990 hanya planet dalam Sistem suria dapat dikenal pasti. Pada akhir tahun 2002, lebih daripada 100 planet dikenal pasti, dengan kesemua jumpaan baru adalah planet luar Sistem suria.
Planet dipercayai terbentuk daripada awan nabula. 9 planet yang terdapat dalam sistem suria ialah Utarid ,Zuhrah , Bumi, Marikh, Musytari,Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto.